Sunday, October 10, 2010
Berpuasa Enam.
Ada di antara kita yang ingin mendapat pahala selepas bulan Ramadhan. Mereka akan terus berpuasa enam hari di bulan Syawal.
Suasana di Hari Raya.
Ketika di Hari Raya, kita sering bermaaf-maafan antara satu sama lain. Selain daripada bermaaf-maafan, kita pun berkunjung-kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan kita. Budak kecil yang masih sekolah akan menerima duit raya kerana sudah berpuasa. Suasana di hari raya sungguh menarik dan seronok kerana kita dapat berkumpul sekeluarga dan berborak-borak. Tetapi bagi saya, mengunjung rakan-rakan dan saudara mara adalah yang paling menarik kerana saya cuma dapat berkunjung ke rumah saudara mara setahun sekali.Mendapat duit raya juga digemari saya kerana saya dapat mengumpul duit dan membeli barang kegemaran saya. Hari Raya memberi saya banyak makna untuk terus hidup dan ingat pada orang yang susah.
Monday, September 27, 2010
Lagu Hari Raya !
Lagu hari raya yang paling saya gemari ialah Suasana di Hari Raya daripada Anuar Zain dan Eliana . Lagu ini digemari saya kerana lagu ini memperingatkan saya bila saya beraya di kampung di Malaysia. Suasana di kampung sungguh meriah dengan adanya lagu ini kerana rentak lagu ini sungguh kencang.
Monday, September 6, 2010
Keberkatan Ramadhan......Kegemilangan Syawal.
Erti Ramadhan bagi saya ialah ia adalah satu acara yang istimewa. Ini kerana berpuasa ialah wajib bagi semua umat islam dan berpuasa itu mendekatkan kita dengan Allah. Berpuasa itu dicipta untuk kita merasakan bagaimana orang orang susah di dunia menjalani hidup mereka dengan tidak makan. Ramadhan juga boleh membuat keluarga membina satu silaturahim yang baik antara satu sama lain. Berpuasa di SSP boleh dikatakan lebih seronok daripada di rumah kerana ada teman-teman di sekililing saya. Tetapi, hendak bangun sahur dan makan sahur di Dewan makan itu agak sukar bagi saya kerana saya harus bangun lebih siang dari di rumah kerana dewan makan itu terletak di bangunan yang agak jauh dari tempat asramah saya. Dan makanan di sini tidak begitu enak kalau dibandingkan masakan di rumah. Pengalaman yang saya tidak dapat dilupakan ialah saya berbuka puasa bersama rakan-rakan saya di luar. Ini kerana ia menguatkan silaturahim antara rakan rakan saya.
Sunday, June 27, 2010
MAKANAN BUDAYA MELAYU !
Makanan budaya melayu boleh terdapat di mana-mana sahaja di kalangan kita.Kalau di Singapura,tempat-tempat seperti Geylang Serai adalah tempat di mana kita boleh mendapat makanan melayu yang kian tidak dilihat di tempat-tempat biasa.Makanan seperti mee siam,lontong,nasi lemak dan sebagainya.Kuih-muih juga adalah satu daripada makanan budaya melayu yang sering dilihat di pasaran.Kuih-muih seperti epok-epok,putu piring,ondeh-ondeh,putri salat dan banyak lagi.Kuih-muih adalah makanan yang serba murah dan yang boleh kita mampu untuk membeli ketika kita tidak ada masa untuk makan.Makanan Budaya Melayu ini masih wujud di kalangan kita dan kita harus terus makan makanan ini untuk tidak pupuskan makanan budaya kita!Sekian, Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)